Thursday 5 April 2012

PROGRAM PETRONAS -JTM-MMHE



selepas "graduate" dari politeknik aku mula  join satu program.
sedikit info pasal program aku.
bermula januari 2012 ni hingga disember
#buktikan kepada orang yang pandang anda dulunya gagal dengan slip gaji anda#haha
tu prinsip aku





Program Kerjasama JTM-PETRONAS-MMHE
 

Secara amnya, kerjasama ini adalah berupa satu pakej latihan di mana para pelajar dari Institut Latihan Awam seluruh Malaysia yang dilatih dalam bidang Kimpalan Arka dan Gas dan telah menamatkan pengajian sekurang-kurangnya SKM Tahap 2 bakal diserapkan ke syarikat MMHE setelah menamatkan latihan intensif selama 1 bulan di ILP Mersing yang menjurus kepada keperluan pihak MMHE dan seterusnya melalui satu Ujian Kelayakan Mengimpal (Welding Qualification Test - WQT) di pusat latihan MMHE. Setelah lulus ujian mengimpal ini yang dinilai melalui kedua-dua kaedah "Visual Inspection" dan juga "Radiographic Testing X-Ray", maka mereka akan terus diserapkan sebagai pengimpal di syarikat-syarikat sub-kontraktor yang bernaung di bawah MMHE. Pelajar-pelajar yang menyertai program ini bakal dilatih untuk mengimpal Mild Steel Plate berketebalan 25mm menggunakan proses SMAW (Shielded Metal Arc Welding) pada kedudukan 3G (Welding in vertical Position) dan 4G (Welding in Overhead Position).

Kemudahan


Sepanjang latihan intensif selama 1 bulan di ILP Mersing, para pelajar akan disediakan dengan kemudahan asrama dan makan. Semasa tempoh di MMHE pula, para pelajar akan diberi elaun sebanyak RM300.00 sebulan, penginapan dan pengangkutan bagi bulan pertama.

Kelayakan Masuk


Kelayakan minimum bagi menyertai program ini ialah sekurang-kurangnya memiliki SKM Tahap 2, di mana pada tahap ini para pelajar adalah dianggap kompeten untuk mengimpal pada kedudukan 3G dan 4G.

Persijilan


Para pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan dengan sijil khas "Qualified Welder in 3G/4G" yang akan disahkan oleh pihak JTM, Petronas dan MMHE.

Prospek Kerjaya


Para pelajar yang lulus dalam program Kimpalan 3G & 4G ini akan diserapkan sebagai pengimpal di syarikat peneraju Gas & Minyak serta bidang perkapalan.


3 comments: