Thursday 5 April 2012

PROGRAM PETRONAS -JTM-MMHE



selepas "graduate" dari politeknik aku mula  join satu program.
sedikit info pasal program aku.
bermula januari 2012 ni hingga disember
#buktikan kepada orang yang pandang anda dulunya gagal dengan slip gaji anda#haha
tu prinsip aku





Program Kerjasama JTM-PETRONAS-MMHE
 

Secara amnya, kerjasama ini adalah berupa satu pakej latihan di mana para pelajar dari Institut Latihan Awam seluruh Malaysia yang dilatih dalam bidang Kimpalan Arka dan Gas dan telah menamatkan pengajian sekurang-kurangnya SKM Tahap 2 bakal diserapkan ke syarikat MMHE setelah menamatkan latihan intensif selama 1 bulan di ILP Mersing yang menjurus kepada keperluan pihak MMHE dan seterusnya melalui satu Ujian Kelayakan Mengimpal (Welding Qualification Test - WQT) di pusat latihan MMHE. Setelah lulus ujian mengimpal ini yang dinilai melalui kedua-dua kaedah "Visual Inspection" dan juga "Radiographic Testing X-Ray", maka mereka akan terus diserapkan sebagai pengimpal di syarikat-syarikat sub-kontraktor yang bernaung di bawah MMHE. Pelajar-pelajar yang menyertai program ini bakal dilatih untuk mengimpal Mild Steel Plate berketebalan 25mm menggunakan proses SMAW (Shielded Metal Arc Welding) pada kedudukan 3G (Welding in vertical Position) dan 4G (Welding in Overhead Position).

Kemudahan


Sepanjang latihan intensif selama 1 bulan di ILP Mersing, para pelajar akan disediakan dengan kemudahan asrama dan makan. Semasa tempoh di MMHE pula, para pelajar akan diberi elaun sebanyak RM300.00 sebulan, penginapan dan pengangkutan bagi bulan pertama.

Kelayakan Masuk


Kelayakan minimum bagi menyertai program ini ialah sekurang-kurangnya memiliki SKM Tahap 2, di mana pada tahap ini para pelajar adalah dianggap kompeten untuk mengimpal pada kedudukan 3G dan 4G.

Persijilan


Para pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan dengan sijil khas "Qualified Welder in 3G/4G" yang akan disahkan oleh pihak JTM, Petronas dan MMHE.

Prospek Kerjaya


Para pelajar yang lulus dalam program Kimpalan 3G & 4G ini akan diserapkan sebagai pengimpal di syarikat peneraju Gas & Minyak serta bidang perkapalan.


nak sambung study atau tak ermmm

ari ni terpikir pulak pasal nak sambung study.
asalamualaikummmm

jika anda seorang pelajar kimpalan memenag sukar nak tgok student welding sambung skm atau sambung belajar.kenapa?ok aku kongsi la sikit pasal kenapa ramai pelajar kimpalan dari ilp tak sambung belajar dan terus kerja


Welding Qualification Test (WQT) 6G SMAW bagi 'Telok Gas Development Project'
Pada 17 Januari 2012, bertempat di bengkel kimpalan-WQT kelolaan bahagian Kimpalan-Petronas .dengan kerjasama pihak MMHE (MAINCON), EXON MOBILE (CLIENT) dan PFC Engineering (SUBCON), seramai 18 orang pelajar kemasukan Sesi 2012 dari Program Kerjasama Petronas telah menduduki WQT dengan pencapaian 100% lulus. Pihak PFC Engineering dan Exon Mobile telah bersetuju untuk mengambil pelajar-pelajar ini sebagai pekerja 'Welder Oil & Gas' di MMHE dengan tawaran gaji yang tinggi

tu antara sebab pertama.
bila peajar kimpal sampai semester 2 mereka akan mengambil test wqt salah satu syarat untuk join program FLUXCORE.prroject untuk wqt ni adalah 6Gpipe.susah beb.tpi kalau dah belajar tak susah.bayangkanlah,pakai baju 3 lapis dengan overall lagi peluh pun membasahi baju.

bila project siap,QC dari MMHE pun akan buat visual test,bend test or x ray test.(yang baju biru tu adalah QC inspection dari welding section MMHE)

alhamdulilah,kali ni semua pelajar yang amik wqt semua lulus 100%!!!
dan lepas ni mereka akan mula bekerja sebagai welder dengan gaji RM11 SEJAM
RM11??perhhh dah terbaik dah tu.mereka memeng nasib baik sebab dibayar gaji dengan lumayan bayangkan lah 11 x 8= 88,88 x 2640 tanpa OT pun kalau OT boleh cecah 4K Sebulan.dan pada umur 19 tahun dah boleh pakai satria neo beb haha.

tu antara sebab kenapa diorang tak sambung study dan terus bekerja.dan industri memang nak pakai welder pun baik kat merine enginering atau kilang kapal ataupun kat oil and gas project.

"telok gas project" adalah project yang baru petronas,exxon mobil pada tahun ni.dan dijangka siap dalam 2 tahun.sebab tu diorang nak pakai orang.sekarang ni baru finishing project Gemusup kakap klien dari shell.

underground project adalh project petronas di teluk ramunia yang bari dilaksanakan hanya 9% mulai 2012.hahaha
tulah kerja kerja atau project yang menunggu aku JANUARI 2013!!!

kerja dah ada tingal nak pegi jer untungkan.takpayah cari kerja.sebab tu aku masuk dalam bidang ni hahaha.

mei ni dua lagi company mula"melamar" pelajar dari welding department.kalau tak silap company ni dari aida dan satu lagi company fabrication stell di wangsa maju.ermmm ni yang buat aku tak sabar nak kerja aishhh

berbalik ke topik asal,perlu ke aku sambung ke level 3 atau amek diploma??aiss
tadi aku dah cerita gaji basic welder.BACSIC ok .tpi aku nak juga jadi welding inspector.hahaha gaji jangan cakap armm 8k keatas.
tapi nak jadi inspector bukan senang.semua ilmu welding harus dalam tangan huhu

bagi aku jika aku nak sambung hanya ada 2 pilihan.pertama di ADTEC BATU  PAHAT untuk sambung level 3,4, dalam masa 2 tahun.kedua di unikl mfi dalam diploma welding technology. juga amik masa 2 tahun.perhhhh pedih siak.

argg!!! aku dalam dilema lagi.apapun kena tanya mak aku minta restu da...aku taknak gagal lagi macam kek poli dulu huhu...kene istiharohh banyak banyak

ok bye#cuaca kat JOHO mendung rozita che wan la#

Wednesday 4 April 2012

SILAT CEKAK SILAT MELAYU ASLI




sebelum ni aku post pasal dunia offshore.kali ni pasal satu ilmu yang tinggi nilainya.salah satu seni beladiri melayu yang ada hingga kini iaitu silat.silat???alah baut dowh?kat aman,silat tak laku lah sekarang ada pistol.

tulah antara kata kata biasa anak muda atau remaja mengenai silat.mungkin kita lupa,dengan silat ni lah kita ada sampai sekarang,dengan silat ni lah melayu ada hingga kini.

sampai sini jer..nanti aku sambung mengenai seni beladiri melayu.sebab gua dalam mood silat nih tengah training untuk amik Ujian Sijil Rendah hahaha.k bye!

solat dhuha



ermm mula tahun 2012 ni azam baru tahun bar serba baru.mcam tahun tahun lepas azam tingal azam je.tapi kalau ikot Dr.fadhilah kamsah,setiap hari mesti ada azam.

so,harapan tahun ni nak berubah "sikit" pelan pelan kayuh.tak perlu lah drastik.just nak cukupkan 5 tu dulu baru boleh jadi muslim sejati haha.

**siapa yang melupai sejarah pasti akan mengulangi sejarah** pepatah pujangga
apa maksud dia??

ermm banyak sejarah dalam hidup aku berlaku dan semua bersebab.pernah gagal dan berjaya kemudian gagal semula.okay,gagal sekali,bagi aku dah banyak kali gagal dah hahah.orang kata hidup ni umpama roda,kadang kadang kat atas,kadang kadang kat bawah.Tapi roda aku petak,lama kat bawah entah bila ke atas.

tapi terdetik kat hati macamnan nak dapat kerja dan rezeki yang melimpah.ermmm.
semasa ceramah kuliah magrib d ilp pasir gudang ustaz tetiba cakap pasal satu kelebihan solat dhuha.ustaz cakap senang je,kalau nak keje senang,gaji besar,buat dhuhah,amalkan dhuha dan berdoalah!!!

balik dorm mula terpikir,bila aku buat solat dhuha?setahun lepas?tak..tak pernah langsung!!!bila buat kajian tentang dhuha betullah apa yang rasullullah kata."jika rezeki di lautan,keluarkan timbulkan lah ia,jika di daratan keluarkan lah"

dan pengajar aku selalu cerita tentang senior yang dah berjaya hingga pergi offshore,diver dan jugak inspector welding di oversea sana yang gaji melebihi gaji menteri(kira lah sendiri)dan semua tu bukan lha senang atau mudah nak dapat.so,kene berdoa


Mulai januari start pasang niat buat dhuah time rest sarapan pagi dalam 5 minit je pon.biasa bila aku keluar bengkel,aku terus pegi surau,bila member ajak pegi cafe au jawab nak pegi berak lah,tandas la balik dorm lah(malas nak kecoh karang takbur pulak)sampai satu tahap semua tahu aku pegi surau time rest sarapn pagi sampai lah mula panggil aku yeye ustaz haha.orang melayu memang tak senang tgokorang baik kan?biarlah.

bila selalu amalkan,rasa macam "sedap" pulak.bila tak buat rasa susah hati macam tinggal solat fardu.dan Alhamdulilah banyak rezeki masyuk..antaranya penah terjadi aku tak cukup duit,elaun habis dan nak bayar hutang.tiba tiba bapak aku bagi duit walaupun aku tak mintak.rezeki kan,kebetulan atau rezeki haha

takde lain yang aku harapkan dengan dhuha ni selain kebesarannya sahaja dan sebagai lauk tambah dalam ibadat seharian aku?(buat baik dah lah jarang:) )

bukan nak menunjuk nunjuk macam kawan aku cakap haha.walaupun belum kerja kita mestilah berdoa mintak kerja yang senang manatau rezeki kan jadi manager ker HAHA.Ya Allah dengan berkat dhuha mu Ya Allah murahkan lah rezeki ku,tunjukan lah jalan rezeki ku walaupun dimana di atas bumi ni Ya Allah,permudah kan lah rezeki ku,jika banyak berkatilah,jika kurang tambahi lah dan jauhilah diriku dari sifat tamak dan takbur atas kesenangan mu Ya Allah dengan berkat solat dhuha ku ini Ya Allah..Aminn

macamna nak pegi offshore????


macamana nak keje offshore?berapa gaji offshore?berapa lama cuti kat offshore?best ke life kat sana?

ni antara soalan yang sering didengar bagi sapa sapa yang minat nak join dalam field ni

First,ada 2 jenis manusia dalam golongan bekerja.pertama kerja selesa,tak selesa tapi minat yang selesa
tak faham? hahha

bagi aku orang yang bekerja dalam bidang oil and gas ni adalah mereka yang berani dan bertanggungjawab sekali dan kerjaya yang menarik.walaupun kerja berpanas.tapi masih kerja jugak.ermm sebab?masyukk?hahha bagi aku bukan soalan duit.tapi minat.dari kecik lagi dah hidup dalam bidang marine enginering dan oil and gas.
ermm rambut sama hitam hati lain lain.dah la pasal entry ni banyak merepek

kebelakangan ni ada sorang kawan tanya macamna kerja kat offshore ni?sedangkan kawan pun masih study lagi.sebab apa lah dia pun minta gak?walaupun lain bidang.

takpe aku kongsikan sikit info.ni sebagai guide pada mereka yang nak kenal dunia OFFSHORE.

MACAMNA NAK PERGI OFFHORE?

senang je dik naik kapal atau chopper la hahahaha

Bukan senang nak ke platform tu,nak masuk site pun susah kan,nak kene ada green card baru boleh masuk site.tu kat site orang nak buat bangunan kat darat.tapi ni kat pelantar minyak kat tgah laut.

ok,
Berusia at least 18 tahun ke atas – biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Paling mudah gi register kat INSTEP – Institut Teknologi Petronas.

Safety Passport – Conpulsory, wajib. Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. … kalau di sebelah pantai timur ni, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :
Basic sea survival course
HUET – Helicopter underwater escape training
Fire fighting
Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. Exxonmobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.
Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMxxxxxx
http://www.mytstc.com/ Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.klaua kat JOHO di PUSPATRI pun ada puspatri


Physically fit – Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah.

Demob – balik ke onshore, atau back to town.
Mentallity Fit – Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.

Medical check-up – Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.
So ini lah serba sedikit BASIC requirement untuk bekerja di offshore

Jadi Bagaimana ? Alternatifnya:
Step pertama : pohonlah posisi kerja yang mungkin tidak memerlukan anda pergi offshore di syarikat berkenaan.
Step kedua : Bina network anda dengan berkenalan dengan vendor-vendor dan orang-orang syarikat-syarikat lain, kenali industri dengan lebih rapat dan berpindahlah ke syarikat lain yang lebih baik atau tawarkan diri untuk bertukar ke jabatan dlm syarikat yang terlibat terus dengan kerja offshore…
antara company kat pasir gudang ni
http://jurunature.com/,first oil engineering,redteam, dan banyak lagi lah.ni baru kat pasir gudang belum overall malaysia lagi termasul di terenganu dgn sarawak.

**lagi senang kot kalau ada OD**
=orang dalam=

step 2 : Berapa banyak gaji yang dibayar?

Part ni yang best, sebab sememangnya gaji lebih sedikit kerana ada elaun offshore. Selain itu, ketika bekerja di offshore segala-galanya di tanggung, dari makan hingga le ke tidur. Dan perbelanjaan pun kurang kerana tidak ada peluang untuk membeli belah atau sebagainya. Dan ada banyak lagi faktor lain.

Atau cuba lihat dari sudut lain, harga minyak naik… industri lain jelas terjejas juga, tapi sudah tentu industri oil & gas booming! Jadi rasanya tidak salah kalau saya katakan, industri ini adalah antara industry yang stabil.
walaupun kerja kat panas.bila tengok resit bank dah nampak 13k sebulan pun dah boleh senyum.nak cari nafkah untuk orang rumah dan yang tersayang.rasa penat hilang bila orang tersayang gembira dan bahagia sebab kita kerja bukan sebab kerja,kita kerja sebab"Dia".

step 3 : Kerja bagaimana, 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ke?

Ini satu lagi soalan yang menunjukkan kurangnya pengetahuan orang ramai tentang industri oil & gas. Selalunya kerja 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ni untuk Client sahaja… yang dimaksudkan Client tu ialah, Petronas, Shell, Esso dan lain lain. Ada juga subcontractor yang terikat dengan syarat ini. Tapi untuk lebih jelas lagi, kerja offshore duduk laut boleh mencecah sehingga 60 ke 90 hari tak balik-balik. Semuanya ini tertakluk kepada syarat yg dikenakan oleh client.

Tentang cuti pula, kalau di Malaysia ni, client dapat 1:1 iaitu sehari offshore sehari cuti darat. Dari situ lah datangnya 2 minggu offshore, 2 minggu cuti. Ada juga yang beri 7:2. Maksudnya 7 hari offshore, 2 hari cuti darat. Dan semua ini juga tertakluk kepada kontrak yang dipersetujui antara pekerja & majikan. Di Negara maju, ada yang menawarkan 1:2. Maksudnya, sehari offshore 2 hari cuti.

***masih nak kerja laGi??***ni baru sikit

ok la post untuk arini sampai sini aku update lagi nanti wokeeyyy(nak pegi makan murtabak la)






Saturday 31 March 2012

position di offshore

Salam... Kali ini berkenaan dengan position yang ditawarkan di offshore platform.
List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.

Helper - kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. budak lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.


Rigger – Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger Scaffolder – Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Fitter - Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.

Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.

Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.
Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.
Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.
Crane Operator – Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.

ni antara position yang di offshore.sebenarnya banyak lagi.dari tukang masak,SO,fire fighting hingga la engineer atau PIC yang incharge platform